Siti nurhaliza songs

Siti Nurhaliza binti Tarudin nama tersohor dan amat terkenal semua orang di Malaysia akan mengenalinya.

Kisah kejayaan dato siti nurhaliza biography

Gelaran penuh Datin Sri Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAPlahir 11 Januari (36 Tahun) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit dan ahli perniagaan berasal dari Kuala Lipis Pahang Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seusia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI Beliau telah berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K pada 21 Ogos Beliau terkenal sebagai penyanyi sopan, bersih dan tiada gosip yang bukan bukan dalam kerjaya nyanyian atau kehidupan peribadi.


Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara.

Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun Beberapa tahun sebelumnya beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa antaranya Anugerah Emas Asia New SingerCompetitiondi Shanghai Asia Music Festival yang di adakan di Nobble, China pada tahun  dan Anugerah Persembahan Vocal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Worldwide di South Pacific InternationalSong and Singing Competition  yang di adakan di Gold Coast Queensland Australia pada tahun yang sama. 


Sehingga kini beliau telah memenangi lebih anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 37 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 MTV Asia Awards 3 World Music Awards, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Singapore Music Awards dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records.


Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan 16 album studio, 2 album dancing, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih lagu dan singles, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.

Beliau kini merupakan antara artis yang berpengaruh di alam Melayu dan Nusantara, Beliau telah diundi sebanyak 10 kali berturut-turut untuk kategori artis serantau paling favourite, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura dan Country di Anugerah Planet Muzik bermula tahun &#; Walaupun beliau telah mengurang aktiviti nyanyian dan lebih menumpukan kepada keluarga .Beliau masih mempunyai aura dan menpunyai ramai peminat di nusantara ini.

Beliau masih menjadi contoh dan idola kepada penyanyi baru dan lama. Semoga beliau terus cemerlang dalam sukses dalam bidang nyanyian dan kehidupan .